Friday, November 19, 2010

Ilmu Psychotronika

Ilmu Psychotronika 

"100% menyelesaikan masaalah hypnotis trance"

Hypnosis Sesuatu keadaan yang menyerupai tidur yang sengaja di lakukan kepada se seorang, dimana mereka memberi respon kepada setiap pertanyaan yang di ajukan kepada mereka. Makna lain yang di berikan oleh pakar Hypnosis kepada kondisi hypnosis.

Hypnosis merupakan satu kondisi di mana perhatian menjadi sangat terfokus sehingga tahap sugestibiti meningkat dengan sangat tinggi.
Hypnosis merupakan sebuah seni komunikasi untuk mempengaruhi seseorang sehingga mengubah tingkat kesedaranya, yang di capai dengan cara menurun gelombang otak.
Hypnosis adalah seni menjelajahi alam bawah sedar manusia.
Hypnosis adalah kondisi kesedaran yang meningkat.
Hypnosis adalah satu kondisi fikiran yang di hasilkan oleh kuasa saranan.

Walau apapun pandangan tentang hypnosis pekara yang paling penting adalah membawa seseorang kedalam Alpha state atau trance state merupakan pekara yang paling utama. Hampir 9 tahun saya bergelumang dalam dunia hypnosis, berbagai manusia dan beranika ragam orang telah saya temui.

Rata- rata  hypnotis sangat terpaku dengan cara pandang barat, sehingga penggunaan Ayat suci Al Quran di larang sama sekali, kononya bertentangan dengan ilmu hypnosis yang mengagungkan falsafah dunia barat. Ada juga yang berpendapat penggunaan ayat suci Al Quran akan membuat Ilmu Hypnosis menjadi Ilmu mistik. Bagi pandangan pribadi saya Al Quran merupakan pintu segala kejayaan dalam kehidupan termasuk Hypnosis.

Saya mempunyai pandangan yang berbeza dalam hypnosis ini. 90% Kejayaan saya melakukan hypnosis adalah menggunakan kekuatan kerohanian dan mengenali titik alpha yang pernah saya pelajari di Psychotronika . Manusia mempunyai 17 titik Alpha yang mana apabila di sentuh akan membuat seseorang itu memasuki kedalam trance state dengan mudah ( tidak sampai 1 minit ).

17 Point ini di gerakan dengan kekuatan kerohanian yang ada di dalam diri manusia. Seberapa sulit pun anda utk memasuki Trance state 17 titik Alpha ini akan membuat anda tercengang dalam dunia hypnosis. Bagi anda yang terlibat dalam dunia Hypnosis ilmu ini merupakan kunci kejayaan anda. Saya tidak bercadang untuk menulis dengan panjang dalam hal ini. Ilmu Psychotronika ini tidak boleh di pelajari secara jarak jauh sebab 90% menggunakan Live Demo
 Fakta Ilmu Psychotronika

1.Ilmu Psychotronika adalah sistem yang lengkap merangkumi penyembuhan, rawatan diri dan transformasi diri.
2.Siapapun dapat mempelajari Ilmu Psychotronika
3.Ilmu Psychotronika di lakukan dengan cara menghubung 2 titik Alpha menggunakan niat dan fokus. Ini akan membawa manusia didalam lautan relaksasi alpha. Anda hanya perlu memperdalamkan relaksasi ini .
4.Ilmu Psychotronika Alat baru yang menarik, dapat digunakan untuk menyembuhkan, dan mencipta paradikma baru dalam hidup anda.
5.Bagi anda yang terlibat dalam dunia perubatan tradisional Ilmu ini sangat di galakan.
6.Ilmu Psychotronika merupakan sebuah keilmuan berasaskan subtle energy physics, quantum physics, superstring theory dan Sheldrake's Morphic Resonance.
7.Manusia terdiri daripada tenaga dan Infomasi_ mengubah lavel tenaga dan infomasi. Persepsi seseorang manusia itu berubah.
8.Sewaktu 2 titik alpha di aktifkan dalam tubuh anda. Gelombang otak anda akan turun dengan drastik.
9. Anda dapat merasakan fizikal biologi anda berinteraksi pada lavel unconsciousness.
10. Mempelajari getaran Al Fatihah yang dapat menggegarkan naluri anda.
11. Mempelajari Hakikat kekuatan niat dan fokus.

Para peserta diajarkan kaedah khusus menggunakan niat, kuasa fokus digabungkan dengan sentuhan pada 2 titik alpha. Anda diajar melakukan komunikasi pada lavel Quantum pada gelombang ( tenaga dan infomasi ) mulai mencipta realiti anda sendiri bukanlah realiti ciptaan atau di atur oleh orang lain. Anda mencipta dan mengubah realiti pada peringkat Quantum dan mengamati kesan perubahan yang berlaku di peringkat makro.

Paradigma baru ini memberikan anda mengakses dengan cepat pada kesedaran baru yang membolehkan anda berinteraksi dengan dunia material dan mengubahnya – misalnya trauma masa lalu, kecederaan dan pola emosional.

Contoh Penggunaan Ilmu Psychotronika :

·         Seorang hypnosis mempunyai masaalah membawa klien kedalam trance state, Psychotronika membantu mempercepatkan proses ini.

·         Master Reiki melakukan_ Reiki Attunement, Psychotronika membantu membuka 21 saluran energy semestaraya.

·         Histeria_ hampir ratusan bomoh membaca berbagai mantra tidak berjaya di sebabkan mantra dan ayat yang di baca berada pada lapisan consious mind. Sedangkan tindakan manusia di kuasai 88% oleh sub Consiousmind. Memasukan kalimah suci kedalam subconsious mind merupakan salah satu cara psychotronika bekerja.

·         Mengubah kebiasaan tabiaat buruk termasuk kebiasaan berzina dan melakukan 7 dosa besar_ Memprogramkan minda bawah sedar menggunakan 2 alpha point metode yang dapat di pelajari dalam Psychotronika.

·         Meditasi_ Saya mempelajari Reiki dari Advance hinggalah ke tahap master langsung tidak dapat rasa energynya sehingga saya naik menyampah nak melakukan meditasi. Alasan yang guru beri adalah saya kurang peka, bukan nak tolong saya meningkatkan kepekaan, tapi saya yang disalahkan kerana kurang kosisten dalam bermeditasi. Psychotronika membantu membangkitkan energy 100% dapat di buktikan  dan anda tidak di benarkan pulang sekiranya tidak terbangkitnya energy. Ini jaminan kami, sehingga saat ini kami tidak pernah menerima keluhan dari peserta kerana tidak terbangkit energy.

·         Perawat As Syifa_ Saya salurkan energy pada pesakit saya, tapi pesakit saya langsung tidak merasakan energy yang mengalir dari tapak tangan saya. Sehingga saya merasa tidak yakin pada diri saya sendiri, apakah energy saya masih ada atau tiada. Untuk pengetahuan anda semua kebanyakan para ustad, tabib atau kyi merawat pesakit menggunakan ayat Suci Al Quran, pesakit mereka di anjurkan berzikir di saat mereka melakukan therapy. Kemudian para perawat tadi akan menyalurkan tenaga mereka melalui pancaran nur, sambil membayangkan cahaya nur mengalir dari badan mereka ( perawat ) masuk ke tubuh pesakit. Apa yang berlaku pancaran nur tidak dapat menembusi gelombang yang di pancarkan oleh zikir yang di amalkan oleh pesakit. Pancaran nur kononnya di makrifatkan oleh batin mereka , hakikatnya adalah kuasa imejnasi minda atau fikiran. Mareka masih bermain dengan alam fikiran. Fikiran manusia dapat mencipta berbagai fenomena metafizikal. Mana mungkin kekuatan fikiran dapat mengalahkan kekuatan zikir yang di amalkan dengan kepasrahan. Cara pschotronika bekerja dalam rawatan as syifa adalah berbeza dari cara di atas. Sebab itu 90% pesakit dapat merasakan getaran tenaga yang di pancarkan pada pesakit.

·         Masih banyak lagi rahsia yang bakal anda tempuhi bila mengikuti kursus ini khususnya para master. Tanpa menghilangkan perasaan hormat kami kepada anda, ayuh bersama kami kita menjelajah level Quantum fizik. Kebiasaan para master agak segan untuk mengikuti seminar saya dalam bentuk formal takut di ketahui siapa guru mereka, sudah menjadi polisi kami menjaga kradibiliti dan rahsia anda. Kelas ini di adakan berikutan keluhan para master yang dahagakan ilmu yang 100% boleh di buktikan.            

Yuran Rm650.00 ( Level 1 )
Masa: Bila-bila masa sahaja on call
Peserta: Tidak terhad ( seorang atau berdua tidak menjadi masaalah )
Lokasi: Damansara Damai 
Manghadirkan diri sahaja tidak Boleh secara jarak jauh
Hubungi: 012 9642466 ( Hanafi )

Metode mengajar : 90% di ajar secara Live Demo.
Kami juga menerima jemputan mengajar ilmu ini ketempat anda dalam format seminar ( 10 org keatas ).
Format Ilmu Psychotronika : Tenaga Dalam, Gabungan Sufi healing, mind power, Ibu amalan, hypnosis, aura therapy, Quantum healing dan Quantum ikhlas.

Saturday, January 2, 2010

Ilmu Menangkap Toyol

Ilmu Menangkap Toyol

Pada Lima tahun yang lalu hampir setiap hari saya menerima E mail dan panggilan untuk bertanyakan apakah saya ada mengajar Ilmu memanggil dan menangkap Toyol. Saya sendiri bingung apakah toyol itu ada, bagaimana rupa toyol. Apakah Toyol merupakan mitos lagenda atau cerita fantasi . Apakah fenomena Toyol mencuri wang orang ramai itu wujud. Bagaimana cara toyol itu bekerja. Semua persoalan ini bermain dalam fikiran saya.

Pada awal bulan muharam di tahun 2004 saya berjaya memijak kaki ke Gunung Kawi, merupakan sebuah daerah yang terkenal untuk mengambil persugihan ( menggunakan perjanjian syaitan untuk mendapatkan kekayaan ). Saya bertemu dengan Juru Kunci yang menjaga tempat mengambil persugihan tersebut. Dari juru kunci inilah saya menerima berbagai infomasi tentang berbagai-bagai Ilmu Persugihan. Tetapi yang paling menarik adalah tentang Ilmu Toyol.


Toyol

Merupakan sejenis makluk halus yang sangat efektif untuk mendapat kekayaan. Ini disebabkan Toyol mempunyai perangai mencuri wang orang lain. Bagi pemilik Toyol hanya perlu santai dan menyediakan makanan untuk toyol dan tunggu hasil curian Toyol tersebut sahaja. Menurut jurukunci tersebut makanan Toyol merupakan darah yang di perolehi dari menghisap payu dara isteri pembela toyol tersebut salah satu cara lagi untuk memberi makan toyol adalah dengan memberi darah yang di hisab melalui ibu jari kaki isteri pembela Toyol tersebut. Bagi orang pintar tentang dunia toyol ini mereka dapat mengesan pembela toyol dengan melihat ibu jari kaki isterinya, biasa kelihatan kecut dan pucat serta ada tanda luka.

Cara mendapatkan Toyol

Menurut juru kunci tersebut prsyarat untuk mendapatkan toyol adalah dengan 3 cara.
Cara yang pertama adalah dengan membeli Toyol dari juragan Toyol yang banyak berada di Negara tertangga kita Indonesia . Cara kedua adalah dengan melakukan ritual memanggil Toyol untuk di jadikan teman atau anak angkat , ritual untuk memanggil Toyol ini juga dapat di lakukan di Masjidil Haram ( Mekah ).Menurut Juru kunci tersebut di Masjidil Haram ada sebuah tiang yang di gunakan untuk mendapatkan Toyol ( juga di sebut tiang Jin ) . Cara ketiga adalah dengan menerima waris toyol dari jenerasi terdahulu.

Membeli Toyol

Untuk membeli toyol biasanya di jual secara berpasangan, Toyol lelaki dan Toyol wanita di jual dalam satu pakej. Toyol jenis ini merupakan toyol kelas 1 di jual dalam lingkungan 9 Juta hingga 10 Juta Rp Wang Indonesia. Biasanya Toyol yang ingin di jual akan di latih untuk mencuri wang terlebih dahulu sebelum di jual. Penjual toyol akan melakukan beberapa proses untuk menangkap toyol. Biasanya menggunakan Minyak Poniba Salwa , candu ketam , kacang hijau dan pokok ara sebagai umpan untuk memanggil toyol tersebut.

Minyak Poniba Salwa dan candu di bakar di kawasan yang berair, seperti kawasan acar, anak sungai, tasik , kolam dan perigi buta ( yang tidak di gunakan lagi ) di kawasan inilah banyak makhluk toyol yang tidak bertuan menghuni. Dengan seruan beberapa mantra jawa dalam bahasa melayu lebih kurang berbunyi " anak ku , anak ku, anak ku hadir.... bangun.... ayah mu menanti bersama oleh - oleh kepiting... dan sebagainya..."

Setelah mantra dibaca beberapa kali sambil membakar minyak poniba salwa dan candu, Penjual Toyol akan menunggu dalam posisi meditasi sambil membaca mantara tersebut. Mantra tersebut di baca sehingga melihat berapa kanak-kanan lelaki dan perempuan yang tidak terjaga dengan penampilan yang sangat kotor bermain-main dengan ketam dan kacang hijau yang di sediakan sebelum ritual memanggil toyol di lakukan. Setelah bertemu dengan Toyol lelaki dan perempuan yang sesuai untuk di bawa pulang. Toyol tersebut di letakan di bahagian belakang punggung penjual Toyol sambil memegang pepohon kayu ara.

Toyol tersebut di bawa pulang rumah untuk di bersihkan dan di beri makan darah isteri. Proses perjanjian dan pendidikan untuk mengajar toyol biasanya di lakukan pada malam jumaat kliwon ( menurut kelender masyarakat Jawa ). Sesaji seperti rokok daun, wedang Asam, kopi pahit, kopi manis, susu dan 7 jenis kuih atau biskut di sediakan sebelum toyol di lepaskan untuk proses pembelajaran mencuri.

Sewaktu Toyol menjalankan kerjanya sebatang lilih merah harus di nyalakan untuk memantau pergerakan toyol agar toyol selamat sewaktu menjalan kerja-kerja kejinya. Pemilik Toyol dapat melihat pergerakan api lilin tersebut untuk melihat samaada toyol berada dalam bahaya atau tidak. Jika api lilin bergerak kekiri atau kekanan dengan kencang , menunjukan toyol berada dalam bahaya. Jika api lilin tersebut tetap dan diam menunjukan Toyol berada dalam keadaan selamat.

Mendapatkan Toyol dengan cara mencari sendiri


Melakukan ritual memanggil Toyol merupakan sebuah pekerjaan kurafat dan tidak haram di sisi agama islam. Apa yang saya tulis ini adalah sebagai sebuah landasan ilmiah tidak bermaksud untuk mengajar anda semua.
Caranya hampir sama seperti di atas. Cuma bezanya ritual memanggil toyol untuk kegunaan sendiri harus menggunakan kulit katak bobak yang biaasa dapat di kawasan air terjun dan persekitaran yang sejuk. katak tersebut di sembelih dengan menggunakan cara tertentu ( tidak dapat saya ceritakan di sini untuk mengelakan fitnah ). Setelah itu kulit katak itu di ambil, isinya di buang. kulit katak tersebut di keringkan .

Setelah kulit katak itu kering. Kulit katak tersebut di jadikan gendang dengan cara di ikat pada mulut tempurung kelapa yang telah di buang isinya. Setelah gendang dari kulit katak ini kita siap maka proses selanjutnya, kita harus mencari tempat yang di percayai banyak terdapat toyol ini. Pergi ke tempat yang di percayai banyak Toyol tersebut dan mulakan ritual memanggil toyol. Cara memanggil Toyol adalah dengan cara mencari seekor ketam nipah ( biasanya toyol yang ingin di panggil banyak menghuni di hutan paya bakau yang banyak pokok nipah ). Salah satu permainan toyol adalah ketam nipah. Ketam nipah tersebut di ikat kakinya pada sebatang pokok kecil biarkan ketam nipah tersebut bebas bergerak. Toyol sangat suka bermain dengan ketam nipah. Kebanyakan pencari ketam nipah sering di ganggu oleh toyol yang menyerupai anak-anak . Menurut orang tua-tua toyol merupakan penjaga kepada ketam nipah, entah betul atau tidak tidak dapat di pastikan dengan jelas.

Setelah bertemu dengan lokasi yang sesuai yang di percayai ada Toyol, kerja-kerja kurafat di mulai dengan cara -cara tertentu. Mengetuk gendang yang di perbuat dari kulit katak merupakan salah satu cara yang saya ceritakan di sini. Gendang di ketuk dengan menggunakan ranting pokok ara dengan menggunakan Irama tertentu biasanya menggunakan "Cak kecak bali" sambil mengalunkan mantra "HU JAI HU KUN, JAI JAI KUM KUM YA, YU YA HA HU" berulang-ulang sambil mengalunkan mantra anak ku yg saya sebut kan di atas.

Mendapatkan toyol secara warisan

Mendapatkan toyol secara warisan adalah dengan cara ritual dan proses tertentu dari pemilik asal toyol. Proses ini biasanya di lakukan sebelum pewaris toyol tersebut meninggal dunia.


ILMU MENANGKAP TOYOL

Ilmu menangkap toyol merupakan sebuah ilmu kuno yang merupakan kombinasi petua dan ilmu hikmah. Dalam petua anda akan di ajar untuk menangkap toyol dengan cara :

1. Mengumpan dan memegang toyol.
2. Memahami habitat toyol.
3. Cara melindungi wang anda dari di curi oleh toyol.
4. Pantang Larang bagi pemilik toyol.
5. Ritual kebatinan untuk memanggil toyol.
6. Cara mengenali pemilik toyol.
7. Teknik memanggil Toyol dalam berbagai versi hikmah.
8. Cara melemahkan toyol.
9. Cara menangkap toyol dan di masukan kedalam botol.
10. Cara menzahirkan Toyol. ( menggunakan petua asal Madura )

Mahar Rm250.00

Boleh melalui jarak jauh dan dekat

Sila Hubungi 012 9642466 Hanafi utk keterangan lanjut